DUA penyerang muda berbakat Arsenal, Theo Walcott dan Carlos Vela semakin terdesak akibat kurang penampilan beraksi dalam kesebelasan utama Arsenal bakal menyukarkan peluang untuk mewakili pasukan negara masing-masing England dan Mexico ke Piala Dunia di Afrika Selatan 2010.
Bagi Walcott kedudukannya selaku pemain sayap kanan semakin sengit ekoran kehadiran Wright Philips (Manchester City) dan peningkatan mendadak pemain Tottenham Hotpsurs, Aaron Lennon ketika England menjinakkan Croatia 4-1 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia.
Namun nasib berbeza buat penyerang Mexico, Carlos Vela yang sudah mula beraksi selaku pemain gantian ketika bertemu Fulham dan Liga Juara-Juara ketika bertemu Olympiakos berbanding Walcott yang masih belum beraksi selepas pulih dari kecederaan sambil mengharapkan Arsene Wenger memberikan peluang untuk diturunkan menjelang pertemuan dengan Blackburn, Ahad ini.
No comments:
Post a Comment