Berita terbaru mengenai pemain tengah Arsenal, Fran Merida dilaporkan menerima tawaran 10 juta paun oleh kelab Atletico Madrid bagi mendapakan khidmat pemain itu musim depan. Pemain itu yang bertindak cemerlang semasa mewakili Arsenal menundukkan Liverpool 2-1 dalam Carling Cup pusingan keempat. Merida juga turut menyumbang satu gol dalam perlawanan itu.

Pemain pertahanan kelab Torino, Itali Angelo Ogbonna kini jadi buruan Arsene Wenger apabila musim perpindahan bulan Januari dibuka semula. Pemain yang mewakili skuad kebangsaan Itali bawah 21 tahun itu merupakan antara pemain pertahanan yang paling menonjol dalam Serie A.
No comments:
Post a Comment