Friday, October 23, 2009

ARSENAL INTAI MARIO DAN VAN DER WEIL BULAN JANUARI


DUA pemain dari kelab terkemuka Itali dan Belanda kini telah disenarai pendek oleh panel pemilih yang berpengkalan di dua buah negara itu apabila musim perpindahan pemain dibuka semula pada bulan Januari tahun depan.

Kedua-dua pemain itu seorang penyerang berusia 19 tahun, Mario Bolatelli (gambar kiri) yang bermain dengan kelab Inter Milan dan bek kanan kelab Ajax Amsterdam berusia 21 tahun yang juga pemain antarabangsa Belanda, Van Der Weil (gambar kanan) berjaya mencuri tumpuan Arsene Wenger.


Selepas gagal dalam rundingan dengan penyerang Bordeaux, Maroune Chamakh, Arsene Wenger beralih tumpuan kepada Mario yang kini bermain dibawah bimbingan bekas pengurus Chelsea Jose Mourinho.

No comments: