EMPAT pemain Arsenal kini mengetuai pasukan negara-negara masing-masing dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia 2010 Afrika Selatan. Pemain pertahanan Philipe Senderos kini menjadi ketua pasukan Switzerland, Thomas Vermaelen pula ketua pasukan Belgium, Tomas Rosicky mengetuai Republic Czech dan Andre Arshavin mengetuai pasukan Russia.
Senderos, Vermaelen dan Rosicky masing-masing berjaya membantu pasukan mereka memenangi perlawanan peringkat kelayakan hanya Arshavin sahaja yang gagal membantu Russia apabila tunduk 0-1 kepada pasukan Jerman dan bakal beraksi diperingkat 'play-off '.
Bagi Vermaelen perlantikan beliau sebagai ketua pasukan Belgium yang baru dibawah pimpinan jurulatih berasal dari Belanda, Dick Advocatt itu adalah bukan suatu tugas asing buat dirinya kerana sebelum menyertai Arsenal pemain itu juga adalah ketua pasukan Ajax Amsterdam.
Nyata pilihan Advocatt melantik Vermaelen sebagai ketua pasukan Belgium sebelum perlawanan menentang Turki itu nyata suatu tindakan yang bijak apabila Belgium berjaya mencatat kemenangan 2-0. Begitu juga dengan Rosicky yang hampir setahun tidak beraksi diperingkat antarabangsa akibat kecederaan juga diserahkan lilitan lengan ketua pasukan kembali kepadanya.
Sama juga dengan pemain pertahanan Philipe Senderos, beliau juga turut dilantik sebagai ketua pasukan Switzerland dan berjaya menghasilkan dua gol dalam perlawanan kelayakan sekali gus mengesahkan tempat negara itu ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Selain dari mereka Fabregas (Sepanyol), Bendtner (Denmark) dan Carlos Vela (Mexico) sudah mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
No comments:
Post a Comment