Friday, October 30, 2009

ARSENAL TIDAK GENTAR HADAPI SPURS


HASRAT menggunung Pengurus Totenham Hotspurs, Harry Rednapp (gambar) untuk meletakkan pasukan bimbingannya dalam kelompok `The Big Four' sekaligus menyingkirkan Arsenal dari senarai itu adalah suatu yang dianggap bukan mustahil untuk dilakukan menjelang pertemuan `North London derby' di Stadium Emirates, malam esok.

Tetapi beberapa keputusan sejak-sejak kebelakangan ini tidak memihak skuad bimbinganya dan prestasi beberapa pemain utama yang tidak menentu agak menyukarkan bekas pengurus Portsmouth itu membuat percaturan atau strategi terbaik bagi memerangkap Arsenal kali ini.

Kejayaan skuad bimbingannya mara ke suku akhir dalam Carling Cup mengatasi Everton 2-0 dilihat sebagai petanda kebangkitan Spurs untuk kembali bersaing seperti ditonjolkan pada peringkat awal musim. Namun aksi cemerlang barisan muda Arsenal menjinakkan Liverpool 2-1 adalah berita yang kurang menyenangkan pasti bukan suatu yang boleh diambil mudah. Sebagai seorang pengurus yang berpengalaman tentunya pertembungan kali ini pasti mendebarkan dan tersilap congak Spurs akan menerima padah.

Sandaran Rednapp kali ini sudah pasti kepada bekas pemain Arsenal, David Bentley yang diharapkan mampu mengucarkacirkan benteng pertahanan Arsenal selepas pemain itu mempamerkan aksi hebat ketika menewaskan Everton.

Sementara itu berita dari kem Arsenal, empat pemain sah tidak dapat beraksi dalam pertemuan dengan Spurs esok. Penyerang Theo Walcott, Denilson, Tomas Rosicky, Jack Willshere dan penjaga gol Lukasz Fabianski semuanya mengalami kecederaan. Hanya satu kabar gembira apabila pemain tengah Samir Nasri kini hampir 70% bersedia untuk turun beraksi.


Bekas penjaga gol nombor satu Arsenal, Manuel Almunia ( gambar )kini dilaporkan semakin resah akibat diketepikan oleh Arsene Wenger sejak akhir-akhir ini ekoran persembahan cemerlang penjaga gol berbangsa Itali, Vito Mannone.

Namun peluang untuk Almunia kembali mengalas tugas itu adalah cerah berikutan kesilapan ketara yang dilakukan oleh Mannone semasa dalam perlawanan menentang West Ham membolehkan skuad bimbingan Zola kembali bangkit untuk mencatat keputusan seri 2-2.

No comments: