ARSENAL meneruskan kemaraan untuk kembali bersaing dalam misi memburu kejuaraan Liga Inggeris musim ini apabila berjaya mengatasi Birmingham 3-1 untuk mengekalkan rekod bersih tanpa kalah di Stadium Emirates, Sabtu lalu.
Penyerang Belanda, Robin Van Persie membuka tirai jaringan untuk gol pembukaan pada minit ke-16 dan selang dua minit Abou Diaby menjadikan kedudukan 2-0 buat Arsenal mendahului Birmingham. Namun pasukan pelawat yang bermain dihadapan pemilik baru mereka jutawan dari Hong Kong, Carson Yeung yang turut menyaksikan perlawanan itu berjaya merapatkan jurang 1-2 hasil jaringan Lee Bowyer sebelum rehat.
Bagaimanapun kemasukan pengendali dari Russia, Andre Arshavin menggantikan Theo Walcott meranapkan impian skuad bimbingan Alex Mcleish dengan gol ketiga Arsenal untuk mencatat kemenangan keempat liga berturut-turut.
Dengan kemenangan itu, Arsenal kini menduduki tangga keempat dengan memungut 18 mata dari lapan perlawanan, empat mata membezakan dengan pendahului liga Manchester United yang bermain lebih satu perlawanan.
Dengan kemenangan itu, Arsenal kini menduduki tangga keempat dengan memungut 18 mata dari lapan perlawanan, empat mata membezakan dengan pendahului liga Manchester United yang bermain lebih satu perlawanan.
Begitupun nasib penyerang Theo Walcott ( gambar ) masih samar-samar selepas mengalami kecederaan lutut ekoran terjahan keras pemain pertahanan lawan Liam Ridgewell, memaksa Walcott perlu jalani ujian imbasan bagi mengesahkan sejauh mana tahap kecederaan.
No comments:
Post a Comment