FABREGAS YAKIN GILIRAN ARSENAL
RAMPAS KEJUARAAN LIGA
KETUA pasukan Arsenal, Cesc Fabregas cukup yakin barisan skuad bimbingan Arsene Wenger mempunyai perwatakan dan ciri-ciri untuk merangkul kejuaraan Liga EPL musim ini.
Menurut Fabregas, masalah kecederaan serius yang sering melanda pemain-pemain utama sebelum ini, kini semuanya sudah pulih dan memudahkan Wenger untuk membuat pilihan samada perlu direhatkan atau diturunkan dalam sesuatu perlawanan.
Contoh terbaik ialah penyerang kebangsaan Croatia, Eduardo De Silva yang patah pergelangan kaki kiri musim lalu kini sudah pulih dari kecederaan dan sudah mula beraksi. Begitu juga dengan rakan karib Fabregas, Thomas Rosicky hampir setahun lebih tidak beraksi sekarang umpama pemain baru menyertai Arsenal.
Penyerang muda Theo Walcott sudah mula diturunkan dalam perlawanan menentang Blackburn dan turut beraksi mewakili skuad bawah 21 tahun England. Penjaga gol utama Almunia sudah semakin pulih dari kecederaan bahagian dada dan penjaga gol simpanan, Fabianski pun sudah menjalani latihan.
Pemain antarabangsa Perancis, Samir Nasri juga sudah menyertai latihan dengan skuad ini dan menunggu bila-bila masa untuk beraksi. Berkemungkinan besar beliau akan diturunkan menjelang pertemuan dengan West Ham minggu depan. Hanya pemain tengah Denilson yang masih belum pulih dan yang terbaru ialah pemain tengah Abou Diaby dan bek kiri Gael Clichy selepas kembali dari tugasan bersama pasukan Perancis.
Pemain pertahanan Wlliam Gallas juga dikhuatiri belum pasti selepas patah dua batang gigi ketika mewakili Perancis dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia. Kemungkinan besar tempat Clichy bakal diisi oleh pemain bawah 21 tahun Kieran Gibbs yang menyumbang satu gol ketika England menewaskan Armenia 6-2.
Namun seorang lagi pemain kebangsaan Wales, Aaron Ramsey semakin menonjol sejak akhir-akhir ini walaupun pasukannya gagal untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia. Namun kehadiranya itu dilihat prospek sebagai pemain bintang baru bakal menjadi sandaran skuad negara itu dalam kejohanan masa akan datang. Ramsey berjaya menghasilkan gol pertamanya untuk skuad senior apabila Wales menewaskan Lecheistein 2-0.
No comments:
Post a Comment