Sunday, October 11, 2009

FABREGAS BANTU SEPANYOL/ CARLOS VELA UNTUK MEXICO

                                       
KETUA pasukan Arsenal, Cesc Fabregas mengulangi mempamerkan aksi cemerlang ketika menentang Blackburn kali ini membantu Sepanyol mengatasi Armenia 2-1 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 Afrika Selatan, malam tadi. 



Manakala pemain penyerang Carlos Vela (gambar) berjaya membantu Mexico layak ke Piala Dunia apabila menundukkan EL Salvador 4-1 dengan Vela turut menyumbang satu gol di hadapan lebih 100,000 penyokong tuan rumah di Stadium Azteca.












Fabregas mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-33, bagi membolehkan skuad bimbingan Vicentendel Bosque' mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.Selepas Armenia berjaya menyamakan kedudukan 1-1, Sepanyol kembali mengasak untuk memburu gol biarpun juara Piala Eropah 2008 itu sudah mengesahkan tiket ke Piala Dunia.


Fabregas bijak mencari ruang melakukan hantaran buat rakan sepasukan Juan Mata didalam kawasan gol. Penyerang dari Valencia itu kemudian dijatuhkan ketika cuma berhadapan dengan penjaga gol lawan diberikan sepakan penalti oleh pengadil yang disempurnakan sendiri oleh Juan Mata.


Dengan kemenangan itu, Sepanyol terus mengekalkan rekod bersih dari sembilan perlawanan tanpa kalah. Hanya berbaki satu perlawanan menentang Rabu ini bagi meneruskan rentak kemenangan  bagi melengkapkan jadual.

No comments: