ARSENE Wenger samasekali tidak setuju dengan pendapat mengatakan bahawa pasukan Totenham Hotspurs iaitu musuh tradisi utara London itu tampak sudah mampu untuk menyaingi dan kini sebaris dengan skuad bimbingannya itu bagi musim ini.
Wenger hairan secara logiknya bagaimana pendapat sebegitu boleh diterima pakai walhal rekod pencapaian Arsenal dalam menyertai pertandingan Liga Juara-Juara sudah masuk ke musim yang ke-12, Spurs baru hanya sekali merasai menyertai Liga Juara-Juara,
Secara jujurnya Spurs perlu lebih banyak lagi berusaha dan kerja keras untuk melakar sejarah lebih banyak untuk kelab itu, Untuk mencapai kearah kecermerlangan itu mereka perlu mengekalkan konsistensi potensi untuk mencapainya memang ada kerana mereka adalah kelab yang besar dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk melabur dan mencari pemain ditambah Spurs mempunyai sokongan peminatnya yang luas.
Arsenal belum pernah tewas kepada Spurs sejak tahun 1999 dan pasti kali ini penyerang kebangsaan England yang memiliki ketinggian 6 kaki 7 inci, Peter Crouch menjadi harapan skuad Harry Redknapp untuk melakukan kejutan. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu ialah ketika di Emirates musim lalu apabila mereka terikat 4-4.
Bagi Redknapp selepas menghadapi saingan tiga pasukan dalam senarai Big Four, iaitu Liverpool (menang 2-0), Manchester United (tewas 0-2) dan tunduk kepada Chelsea (3-0). Pengurus itu membuat rumusan bahawa Chelsea dan Manchester United memiliki ciri-ciri dan perwatakan untuk menjadi juara Liga musim ini. Tambahnya kedua-dua pasukan mempunyai pemain yang dianggap sudah matang dan dewasa. Arsenal menurutnya belum mampu berdasarkan skuad bimbingan Wenger masih mentah dan belum cukup matang.
Sementara itu bekas pengurus England dan Barcelona, Terry Venables memberi laungan amaran kepada Arsene Wenger supaya berhati-hati. Venables menyifatkan pertemuan antara dua musuh tradisi ini sangat penting buat Wenger kerana bagi penyokong fanatik Arsenal mereka lebih rela tidak menang sebarang kejuaraan tetapi berjaya mengatasi Spurs dan kedudukan yang lebih tinggi dari pasukan itu
dalam senarai Liga.
Katanya penyokong Arsenal kini sudah cukup banyak bersabar dengan bermula isu perpindahan Highbury ke Emirates, kekurangan bajet untuk membeli pemain terkenal, tidak memenangi sebarang kejuaraan dan pasti gagal mengatasi Spurs dan berada dibawah pasukan itu dalam kedudukan Liga tentunya nasib Arsene Wenger bersama Arsenal juga akan turut tergugat seperti yang berlaku kepada pengurus kelab itu sebelum ini George Graham.
No comments:
Post a Comment