KE- 60
ARSENE WENGER
ARSENE WENGER menyambut ulangtahun hari jadi ke-60 dengan memasang impian untuk merangkul kejuaraan musim ini sambil menghembus lilin kek harijadi beliau dalam satu majlis meraikan pengurus itu yang turut dihadiri ahli lembaga pengarah dan pemilik-pemilik saham kelab itu di Stadium Emirates, semalam.
Dalam ucaptamanya kepada ahli-ahli lembaga pengarah, Wenger berkata memang umum sudah mengetahui bahawa Arsenal ketandusan kejuaraan sejak empat tahun kebelakangan ini. Walaupun adakalanya kita hampir-hampir mencapainya.
Tetapi tegas pengurus itu dengan nada yakin bahawa musim ini dilihat sudah sampai masa dan ketikanya giliran skuad bimbingannya melakukan untuk Arsenal melakar detik sejarah bolasepak kelab itu.
Menurut Wenger, dia berkata demikian bukanya sekadar untuk memuaskan hati pemilik-pemilik saham kelab itu tetapi dilubuk sanubarinya merasakan inilah masa yang terbaik untuk skuad itu melakukanya selepas hampir empat tahun bertungkus lumus membentuk dan membimbing skuad kesayangannya itu.
Tambah Wenger, bagi mencapai matlamat dan misi itu ketika waktu sukar skuad bimbingan perlu memiliki ramuan dan watak ciri-ciri ampuh yang tidak akan mudah goyah stabil mengharungi dan mengatasinya dengan cara yang dibentuknya sendiri.
Dalam pada itu ketika ditanya tentang perlawanan menentang West Ham di Upton Park beliau memberitahu tiada apa-apa perubahan hanya Theo Walcott yang sah disisihkan. Eduardo Da Silva akan kembali bersama skuad itu dan Samir Nasri juga dilihat sudah bersedia tetapi bergantung kepada keperluan sekiranya Bendtner dan Rosicky yang masih 50-50 belum pulih sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment