HAJAT penyerang Arsenal, Theo Walcott kembali tersenarai didalam skuad Piala Dunia England menentang Ukraine malam nanti tidak kesampaian selepas pengurus England berbangsa Itali, Fabio Capello tidak menyenaraikan nama pemain didalam skuad itu.
Walcott yang buat pertama kali beraksi sejak pulih dari kecederaan bahagian belakang turun sebagai pemain gantian ketika mewakili kelabnya Arsenal menentang Blackburn dan turut mempamerkan sentuhan gol dalam perlawanan itu.
Namun ianya samasekali gagal mencuri perhatian Capello turut berada di Emirates menyaksikan perlawanan itu. Bagaimanapun khdimat Walcott tetap tidak dipandang sepi apabila penyerang itu diserapkan semula kedalam skuad bawah 21 tahun menyertai dua orang rakan sepasukan Jack Wilshere dan Keiran Gibbs dibawah bimbingan Stuart Pearce ketika membenam Macedonia 6-3.
No comments:
Post a Comment