ARSENAL sekadar mampu mencatat keputusan seri 1-1 digelanggang lawan ketika bertemu AZ Alkmar dalam perlawanan Liga Juara-Juara Kumpulan H pagi tadi. Arsenal memperolehi gol melalui ketua pasukan Cesc Fabregas pada babak pertama sebelum pemain gantian David Mendes DaSilva menyamakan kedudukan pada minit ke-93 masa tambahan.
Kebiasaannya satu mata yang diperolehi ditempat lawan oleh mana-mana pasukan adalah umpama bonus namun bagi Arsenal cara AZ Alkmar memperolehi gol penyamaan pada waktu kecederaan itu adalah suatu yang amat sukar diterima buat pasukan.
Tiga mata yang sepatut diraih sudah memastikan laluan Arsenal ke peringkat seterusnya dan membolehkan Arsene Wenger menguji beberapa pemain lain dalam baki tiga perlawanan berikut sambil merehatkan dan memberi ruang buat pemain utama menghadapi perlawanan Liga EPL. Namun keputusan seri itu menyaksikan Arsenal kini memungut 7 mata dari tiga perlawanan dan perlu memenangi perlawanan keempat untuk mengesahkan tempat layak keperingkat seterusnya.
Walauapapun satu mata yang diraih sebenarnya sudah memadai dan begitu berharga. Pujian harus diberikan buat pemain Arsenal kerana masih mampu mengekalkan rekod bersih tanpa kalah dalam pertandingan Liga Juara-Juara setakat ini.
Biarpun begitu kesilapan seumpama itu adalah sebagai pengajaran terbaik buat barisan muda Arsenal dalam usaha untuk mengembalikan maruah dan prestij pasukan itu menjadi sebuah pasukan yang disegani dan perlu dihormati.
No comments:
Post a Comment