Saturday, October 31, 2009

FILEM MR. BEAN BERENTAP DENGAN HARRY PORTER & PETER PAN


ARSENE Wenger samasekali tidak setuju dengan pendapat mengatakan bahawa pasukan Totenham Hotspurs iaitu musuh tradisi utara London itu tampak sudah mampu untuk menyaingi dan kini sebaris dengan skuad bimbingannya itu bagi musim ini.

Wenger hairan secara logiknya bagaimana pendapat sebegitu boleh diterima pakai walhal rekod pencapaian Arsenal dalam menyertai pertandingan Liga Juara-Juara sudah masuk ke musim yang ke-12, Spurs baru hanya sekali merasai menyertai Liga Juara-Juara,

Secara jujurnya Spurs perlu lebih banyak lagi berusaha dan kerja keras untuk melakar sejarah lebih banyak untuk kelab itu, Untuk mencapai kearah kecermerlangan itu mereka perlu mengekalkan konsistensi potensi untuk mencapainya memang ada kerana mereka adalah kelab yang besar dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk melabur dan mencari pemain ditambah Spurs mempunyai sokongan peminatnya yang luas.

Arsenal belum pernah tewas kepada Spurs sejak tahun 1999 dan pasti kali ini penyerang kebangsaan England yang memiliki ketinggian 6 kaki 7 inci, Peter Crouch menjadi harapan skuad Harry Redknapp untuk melakukan kejutan. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu ialah ketika di Emirates musim lalu apabila mereka terikat 4-4.

 Bagi Redknapp selepas menghadapi saingan tiga pasukan dalam senarai Big Four, iaitu Liverpool (menang 2-0), Manchester United (tewas 0-2) dan tunduk kepada Chelsea (3-0). Pengurus itu membuat rumusan bahawa Chelsea dan Manchester United memiliki ciri-ciri dan perwatakan untuk menjadi juara Liga musim ini. Tambahnya kedua-dua pasukan mempunyai pemain yang dianggap sudah matang dan dewasa. Arsenal menurutnya belum mampu berdasarkan skuad bimbingan Wenger masih mentah dan belum cukup matang.

Sementara itu bekas pengurus England dan Barcelona, Terry Venables memberi laungan amaran kepada Arsene Wenger supaya berhati-hati. Venables menyifatkan pertemuan antara dua musuh tradisi ini sangat penting buat Wenger kerana bagi penyokong fanatik Arsenal mereka lebih rela tidak menang sebarang kejuaraan tetapi berjaya mengatasi Spurs dan kedudukan yang lebih tinggi dari pasukan itu
dalam senarai Liga.

Katanya penyokong Arsenal kini sudah cukup banyak bersabar dengan bermula isu perpindahan Highbury ke Emirates, kekurangan bajet untuk membeli pemain terkenal, tidak memenangi sebarang kejuaraan dan pasti gagal mengatasi Spurs dan berada dibawah pasukan itu dalam kedudukan Liga tentunya nasib Arsene Wenger bersama Arsenal juga akan turut tergugat seperti yang berlaku kepada pengurus kelab itu sebelum ini George Graham.

BERITA TERKINI ARSENAL - MERIDA DITAWAR 10 JUTA PAUN ATLETICO MADRID



Berita terbaru mengenai pemain tengah Arsenal, Fran Merida dilaporkan menerima tawaran 10 juta paun oleh kelab Atletico Madrid bagi mendapakan khidmat pemain itu musim depan. Pemain itu yang bertindak cemerlang semasa mewakili Arsenal menundukkan Liverpool 2-1 dalam Carling Cup pusingan keempat. Merida juga turut menyumbang satu gol dalam perlawanan itu.






Pemain pertahanan kelab Torino, Itali Angelo Ogbonna kini jadi buruan Arsene Wenger apabila musim perpindahan bulan Januari dibuka semula. Pemain yang mewakili skuad kebangsaan Itali bawah 21 tahun itu merupakan antara pemain pertahanan yang paling menonjol dalam Serie A.


Friday, October 30, 2009

ARSENAL TIDAK GENTAR HADAPI SPURS


HASRAT menggunung Pengurus Totenham Hotspurs, Harry Rednapp (gambar) untuk meletakkan pasukan bimbingannya dalam kelompok `The Big Four' sekaligus menyingkirkan Arsenal dari senarai itu adalah suatu yang dianggap bukan mustahil untuk dilakukan menjelang pertemuan `North London derby' di Stadium Emirates, malam esok.

Tetapi beberapa keputusan sejak-sejak kebelakangan ini tidak memihak skuad bimbinganya dan prestasi beberapa pemain utama yang tidak menentu agak menyukarkan bekas pengurus Portsmouth itu membuat percaturan atau strategi terbaik bagi memerangkap Arsenal kali ini.

Kejayaan skuad bimbingannya mara ke suku akhir dalam Carling Cup mengatasi Everton 2-0 dilihat sebagai petanda kebangkitan Spurs untuk kembali bersaing seperti ditonjolkan pada peringkat awal musim. Namun aksi cemerlang barisan muda Arsenal menjinakkan Liverpool 2-1 adalah berita yang kurang menyenangkan pasti bukan suatu yang boleh diambil mudah. Sebagai seorang pengurus yang berpengalaman tentunya pertembungan kali ini pasti mendebarkan dan tersilap congak Spurs akan menerima padah.

Sandaran Rednapp kali ini sudah pasti kepada bekas pemain Arsenal, David Bentley yang diharapkan mampu mengucarkacirkan benteng pertahanan Arsenal selepas pemain itu mempamerkan aksi hebat ketika menewaskan Everton.

Sementara itu berita dari kem Arsenal, empat pemain sah tidak dapat beraksi dalam pertemuan dengan Spurs esok. Penyerang Theo Walcott, Denilson, Tomas Rosicky, Jack Willshere dan penjaga gol Lukasz Fabianski semuanya mengalami kecederaan. Hanya satu kabar gembira apabila pemain tengah Samir Nasri kini hampir 70% bersedia untuk turun beraksi.


Bekas penjaga gol nombor satu Arsenal, Manuel Almunia ( gambar )kini dilaporkan semakin resah akibat diketepikan oleh Arsene Wenger sejak akhir-akhir ini ekoran persembahan cemerlang penjaga gol berbangsa Itali, Vito Mannone.

Namun peluang untuk Almunia kembali mengalas tugas itu adalah cerah berikutan kesilapan ketara yang dilakukan oleh Mannone semasa dalam perlawanan menentang West Ham membolehkan skuad bimbingan Zola kembali bangkit untuk mencatat keputusan seri 2-2.

Thursday, October 29, 2009

ARSENAL GUNS DOWN LIVERPOOL

Dear Gunners,

WOW!What a match...full of entertainment..exciting moves & skills..fast & furious. Pat on the back for both managers Arsene Wenger dan Rafa Benitez for their attitude encouraging attacking and beautiful football in their team display during the Carling Cup 4th round at the Emirates last night.

For me, to stay awake and drive to the nearest mamak restaurant in town from 4 am till 5.30 am in the morning with two cups of tea and a bowl of maggie to watch the match prove worthwhile all along watching the game with no regrets.

For Liverpool fans, even though they lost. They should not be ashame cause their team never stop trying until the end of the match. The introduction of former Roma player, Alberto Aquolani who is making his debut after months of injury in the last 15 minutes signal his return in strenghtening the Liverpool midfield line in their coming league matches.


Meanwhile good news for Arsenal, Samir Nasri ( picture ) also mark his returns into the Arsenal side after long injury before the starts of the season. He does looks sharp and ready. The midfielder played the whole 90 minutes  with  no signs of  any  injury.

But the night will be long remember by the Spanish young left midfielder Fran Merida who was recently  reported on a move to La Liga. He scored  Arsenal first goal and play his part in the build-up setting  Nicklas Bendtner scoring the winning goal. The quarterfinal draw will be held on Friday (tomorrow). Good luck Arsenal

CARLING CUP - ARSENAL 2 LIVERPOOL 1

ARSENAL book their place in the Carling Cup quarterfinal when they edge Liverpool 2-1 at the Emirates Stadium this morning. Nicklas Bendtner scored Arsenal winning goal in the second half after both team tied 1-1 in the first half.

Liverpool still smarting from their famous 2-0 win over rivals Manchester United last weekend looks comfortable in the first 10 minutes. But find themselves trailing 0-1 when Arsenal's  Frank Merida shocked the visitor with an unstoppable swerving left footed drive into the top right hand corner.

But they responded well through defender Insua, who struck a thunderous left footed volley past Fabianski to level the score.

In the second half, Arsenal got their winning goal when Merida find Bendtner from the left for the Dane to outrun Liverpool defender Skrtel into the box before let fly a left footer into the roof of the net.

Rafael Benitez then send on Bennayoun and Aqualani to add more bite in Liverpool attack but fail to break the Arsenal stout defence marshall by Senderos dan Slyvestre.

Arsenal - Fabianski, Gibbs, Senderos, Slyvestre, Gilbert, Eastmond (Coccleine), Ramsey, Nasri, Eduardo, Bendtner(Randall), Merida (Watts)

Monday, October 26, 2009

SAM VIEW ON - WEST HAM VS ARSENAL MATCH




DEAR GUNNERS,


We miss a great chance to close up the gap at the top. A two goal lead but we mess it up. Why? That's football. U took off on the brake little bit U paid for the consequences.Luckily, it was not the last five games in the league where every single point is precious which proved to be decisive. But on the positive side, overall Arsenal did play well, we are on top for most of the match. We had our chances to go 3 up. Andre Arshavin trademark shot (push away by Green). Fabregas drive (just miss the target ) and Van Persie point blank header (block by Green left leg on the line) in the final minutes Arsenal should have won the match. (p.s exactly the same what MU keeper Foster did in MU vs Arsenal match)


Robin put Arsenal in the lead before Gallas add another with a thumping header from a corner-kick. The two goals they got, one from a free-kick and the other from a controversial given penalty. Song and Abou defensive works seems always not in favour with the referee decision.  


But dear Gunners, by right we should be happy compare to last season after nine matches we are not among the top four so we are still in good position to stay among the title contenders. With league leaders Chelsea with 24 points and second place Manchester United on 22 but both played 10 matches. Currently we are lying third with 19 points, so we are in for that with game in hand. So hang on.

Arsenal - Vito Mannone, Gael Clichy, Vermaelen, Gallas, Sagna, Abou Diaby (Eduardo), Song, Fabregas, Eboue (Bendtner), Van Persie, Andre Arshavin.


So guys get ready for the cruncher London derby this Saturday at the Emirates against Spurs. Before that, don't miss the Carling Cup Arsenal against Liverpool on Thursday morning (2.30 am). Again long live beautiful football - Arsenal way. 


Guys your comment please.


   

Sunday, October 25, 2009

TOMAS ROSICKSY TIDAK BERAKSI MENENTANG WEST HAM


PEMAIN tengah antarabangsa Republik Czech, Tomas Rosicky tidak disenaraikan didalam skuad Arsenal berkunjung ke Upton Park menjelang pertemuan dengan West Ham, malam nanti. Ini berikutan kecederaan yang dialami pemain itu ketika dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang AZ Alkmar.


Perkara ini disahkan oleh Arsene Wenger dalam sidang media,semalam. Untuk itu pemain pertahanan Philipe Senderos telah disenaraikan didalam skuad Arsenal untuk menghadapi skuad bimbingan Gianfranco Zola

Friday, October 23, 2009

ARSENAL INTAI MARIO DAN VAN DER WEIL BULAN JANUARI


DUA pemain dari kelab terkemuka Itali dan Belanda kini telah disenarai pendek oleh panel pemilih yang berpengkalan di dua buah negara itu apabila musim perpindahan pemain dibuka semula pada bulan Januari tahun depan.

Kedua-dua pemain itu seorang penyerang berusia 19 tahun, Mario Bolatelli (gambar kiri) yang bermain dengan kelab Inter Milan dan bek kanan kelab Ajax Amsterdam berusia 21 tahun yang juga pemain antarabangsa Belanda, Van Der Weil (gambar kanan) berjaya mencuri tumpuan Arsene Wenger.


Selepas gagal dalam rundingan dengan penyerang Bordeaux, Maroune Chamakh, Arsene Wenger beralih tumpuan kepada Mario yang kini bermain dibawah bimbingan bekas pengurus Chelsea Jose Mourinho.

HAPPY BIRTHDAY - ARSENE WENGER

SELAMAT HARI JADI
            KE- 60 
ARSENE WENGER






ARSENE WENGER menyambut ulangtahun hari jadi ke-60 dengan memasang impian untuk merangkul kejuaraan musim ini sambil menghembus lilin kek harijadi beliau dalam satu majlis meraikan pengurus itu yang turut dihadiri ahli lembaga pengarah dan pemilik-pemilik saham kelab itu di Stadium Emirates, semalam.


Dalam ucaptamanya kepada ahli-ahli lembaga pengarah, Wenger berkata memang umum sudah mengetahui bahawa Arsenal ketandusan kejuaraan sejak empat tahun kebelakangan ini. Walaupun adakalanya kita hampir-hampir mencapainya.


Tetapi tegas pengurus itu dengan nada yakin bahawa musim ini dilihat sudah sampai  masa dan ketikanya giliran skuad bimbingannya melakukan untuk Arsenal melakar detik sejarah bolasepak kelab itu.


Menurut Wenger, dia berkata demikian bukanya sekadar untuk memuaskan hati pemilik-pemilik saham kelab itu tetapi dilubuk sanubarinya merasakan inilah masa yang terbaik untuk skuad itu melakukanya selepas hampir empat tahun bertungkus lumus membentuk dan membimbing skuad kesayangannya itu.


Tambah Wenger, bagi mencapai matlamat dan misi itu ketika waktu sukar skuad bimbingan perlu memiliki ramuan  dan watak ciri-ciri ampuh yang tidak akan mudah goyah stabil mengharungi dan mengatasinya dengan cara yang dibentuknya sendiri.


Dalam pada itu ketika ditanya tentang perlawanan menentang West Ham di Upton Park beliau memberitahu tiada apa-apa perubahan hanya Theo Walcott yang sah disisihkan. Eduardo Da Silva akan kembali bersama skuad itu dan Samir Nasri juga dilihat sudah bersedia tetapi bergantung kepada keperluan sekiranya Bendtner dan Rosicky yang masih 50-50 belum pulih sepenuhnya. 


Thursday, October 22, 2009

ARSENAL MASIH DALAM PROSES PEMBELAJARAN - ARSENE WENGER


PENGURUS ARSENAL, Arsene Wenger memberitahu skuad bimbingannya perlu lebih matang dan berwaspada dalam menghadapi perlawanan-perlawanan seterusnya agar tidak mengulangi kesilapan-kesilapan yang mampu  memudaratkan sekaligus menjejaskan peluang skuad itu meraih kejayaan. 

 Ini berikutan kegagalan skuad itu mengekang asakan bertali arus pihak lawan pada penghujung permainan mengakibatkan kemenangan yang hampir dalam genggaman dipaksa terikat 1-1 ketika dalam perlawanan Liga Juara-Juara Kumpulan H menentang AZ Alkmar ,kelmarin.

Menurut Wenger, itulah padahnya walaupun Arsenal menguasai keseluruhan permainan  namun sekiranya gol kedua gagal diperolehi itu yang menjadi punca masalah. Dalam pertandingan Liga Juara-Juara baki lima minit adalah penting buat pasukan dan macam-macam perkara boleh berlaku dalam bolasepak.


Pengurus Arsenal itu juga turut memuji skuad bimbingan Ronald Koeman itu yang memiliki semangat juang yang tinggi dan enggan mengaku kalah gigih mencari gol penyamaan sehingga pada saat-saat akhir perlawanan.


Namun Wenger agak rasa terkilan dengan pengadil perlawanan kerana tidak memberikan sepakan penalti buat pasukannya apabila pemain gantian Carlos Vela dijatuhkan pada minit ke-83.


Bagaimanapun Arsenal masih menduduki tangga teratas Kumpulan H dengan 7 mata dengan saingan terdekat ialah Olympiakos 6 mata. Tinggal baki dua perlawanan ditempat sendiri dan satu gelanggang lawan untuk menamatkan saingan dalam peringkat kumpulan.



Wednesday, October 21, 2009

ARSENAL TOLAK TUAH






ARSENAL sekadar mampu mencatat keputusan seri 1-1 digelanggang lawan ketika bertemu AZ Alkmar dalam perlawanan Liga Juara-Juara Kumpulan H pagi tadi. Arsenal memperolehi gol melalui ketua pasukan Cesc Fabregas pada babak pertama sebelum pemain gantian David Mendes DaSilva menyamakan kedudukan pada minit ke-93 masa tambahan.

Kebiasaannya satu mata yang diperolehi ditempat lawan oleh mana-mana pasukan adalah umpama bonus namun bagi Arsenal cara AZ Alkmar memperolehi gol penyamaan pada waktu kecederaan itu adalah suatu yang amat sukar diterima buat pasukan. 

Tiga mata yang sepatut diraih sudah memastikan laluan Arsenal ke peringkat seterusnya dan membolehkan Arsene Wenger menguji beberapa pemain lain dalam baki tiga perlawanan berikut sambil merehatkan dan memberi ruang buat pemain utama menghadapi perlawanan Liga EPL. Namun keputusan seri itu menyaksikan Arsenal kini memungut 7 mata dari tiga perlawanan dan perlu memenangi perlawanan keempat untuk mengesahkan tempat layak keperingkat seterusnya.


Walauapapun satu mata yang diraih sebenarnya sudah memadai dan begitu berharga. Pujian harus diberikan buat pemain Arsenal kerana masih mampu mengekalkan rekod bersih tanpa kalah dalam pertandingan Liga Juara-Juara setakat ini.

Biarpun begitu kesilapan seumpama itu adalah sebagai pengajaran terbaik buat barisan muda Arsenal dalam usaha untuk mengembalikan maruah dan prestij pasukan itu menjadi sebuah pasukan yang disegani dan perlu dihormati.

Barisan pemain:-  Vito Mannone, Gallas, Clichy, Vermaelen, Sagna, Song, Eboue (Ramsey), Fabregas, Abou Diaby, Robin Van Persie ( Carlos Vela), Andre Arshavin

Tuesday, October 20, 2009

ARSENE WENGER TENANG HADAPI SITUASI TIMPA WALCOTT


PENGURUS ARSENAL, Arsene Wenger tenang hadapi masalah kecederaan lutut akibat bentesan keras pertahanan lawan Liam Ridgewell terhadap Theo Walcott semasa dalam perlawanan menentang Birmingham, Sabtu lalu.


Menurut Wenger, beliau mengakui bentesan pihak lawan itu tidak melanggar peraturan dan ianya merupakan bentesan profesional yang biasa diamalkan oleh mana-mana pemain pertahanan iaitu bola dahulu baru pemain.
Tambah pengurus itu lagi, itu bukan bermakna keadaan fizikal Walcott belum cukup mantap mahupun pemain itu  jenis mudah ditimpa kecederaan tetapi menganggap ianya suatu perkara yang normal dalam bolasepak.

Tetapi pengurus itu yang akan menyambut hari ulangtahunnya yang ke-60, Khamis ini agak terkilan dengan gelagat segelintir penyokong lawan yang seakan menggemari serta menyokong tindakan pemain mereka bertindak sedemikian sehingga mampu mencederakan pihak lawan. Tidak cukup dengan itu mereka juga melaungkan insiden hitam dimana Eduardo patah pergelangan kaki akibat bentesan Taylor yang kebetulan tidak bermain didalam perlawanan itu.

Bagi Wenger, insiden itu sudah jauh dilupakan namun bagaiamana perasaan dan hati Eduardo yang tidak beraksi dalam perlawanan itu sebaliknya sedang menyaksikan perlawanan itu sambil mendengar laungan penyokong lawan. Sudah tentu difikiran Eduardo akan bertanya apakah penyokong bolasepak menggemari perkara yang seumpama ini.

Walauapapun perkara seumpama itu tidak mampu menggugat tumpuan Wenger mencatur strategi menjelang pertemuan dengan AZ Alkmar dalam pertandingan Liga Juara-Juara pagi nanti. Bagi Wenger seakan tidak sabar untuk melihat lebih banyak kenangan manis yang mampu dicatat bersama skuad yang dibimbing dan digilap bak permata itu meniti arus sepanjang musim ini dengan merangkul trophi dan meraih kejayaan.

Pengurus itu seakan tidak rela untuk melepaskan pasukan itu kepada orang lain walaupun beliau mendedahkan mendapat tawaran yang begitu lumayan sepanjang kariernya bagi membimbing pasukan 'Galacticos' Real Madrid pada awal musim ini. Kepada pembaca yang ingin mengetahui  laporan perlawanan antara AZ Alkmar dan Arsenal boleh membacanya dalam laporan perlawanan tersebut didalam blog ini pada esok pagi (Rabu) Ole-beautiful football - Happy birthday Arsene Wenger





Monday, October 19, 2009

ARSENAL TEPATI RAMALAN






ARSENAL meneruskan kemaraan untuk kembali bersaing dalam misi memburu kejuaraan Liga Inggeris musim ini apabila berjaya mengatasi Birmingham 3-1 untuk mengekalkan rekod bersih tanpa kalah di Stadium Emirates, Sabtu lalu.

Penyerang Belanda, Robin Van Persie membuka tirai jaringan untuk gol pembukaan pada minit ke-16 dan selang dua minit Abou Diaby menjadikan kedudukan 2-0 buat Arsenal mendahului Birmingham. Namun pasukan pelawat yang bermain dihadapan pemilik baru mereka jutawan dari Hong Kong, Carson Yeung yang turut menyaksikan perlawanan itu berjaya merapatkan jurang 1-2 hasil jaringan Lee Bowyer sebelum rehat.


Bagaimanapun kemasukan pengendali dari Russia, Andre Arshavin menggantikan Theo Walcott meranapkan impian skuad bimbingan Alex Mcleish dengan gol ketiga Arsenal untuk mencatat kemenangan keempat liga berturut-turut.

Dengan kemenangan itu, Arsenal kini menduduki tangga keempat dengan memungut 18 mata dari lapan perlawanan, empat mata membezakan dengan pendahului liga Manchester United yang bermain lebih satu perlawanan.
 
Begitupun nasib penyerang Theo Walcott ( gambar ) masih samar-samar selepas mengalami kecederaan lutut  ekoran terjahan keras pemain pertahanan lawan Liam Ridgewell, memaksa Walcott  perlu jalani ujian imbasan bagi mengesahkan sejauh mana tahap kecederaan.




Friday, October 16, 2009

FABREGAS YAKIN BARISAN ARSENAL KALI INI SUDAH SEDIA UNTUK MERAMPAS TAKHTA KEJUARAAN LIGA INGGERIS MUSIM INI


FABREGAS YAKIN GILIRAN ARSENAL
RAMPAS KEJUARAAN LIGA 



KETUA pasukan Arsenal, Cesc Fabregas cukup yakin barisan skuad bimbingan Arsene Wenger mempunyai perwatakan dan ciri-ciri untuk merangkul kejuaraan Liga EPL musim ini.

Menurut Fabregas, masalah kecederaan serius yang sering melanda pemain-pemain utama sebelum ini, kini semuanya sudah pulih dan memudahkan Wenger untuk membuat pilihan samada perlu direhatkan atau diturunkan dalam sesuatu perlawanan.

Contoh terbaik ialah penyerang kebangsaan Croatia, Eduardo De Silva yang patah pergelangan kaki kiri musim lalu kini sudah pulih dari kecederaan dan sudah mula beraksi. Begitu juga dengan rakan karib  Fabregas, Thomas Rosicky hampir setahun lebih tidak beraksi sekarang umpama pemain baru menyertai Arsenal.

Penyerang muda Theo Walcott sudah mula diturunkan dalam perlawanan menentang Blackburn dan turut beraksi mewakili skuad bawah 21 tahun England. Penjaga gol utama Almunia sudah semakin pulih dari kecederaan  bahagian dada dan penjaga gol simpanan, Fabianski pun sudah menjalani latihan.

Pemain antarabangsa Perancis, Samir Nasri juga sudah menyertai latihan dengan skuad ini dan menunggu bila-bila masa untuk beraksi. Berkemungkinan besar beliau akan diturunkan menjelang pertemuan dengan West Ham minggu depan. Hanya pemain tengah Denilson yang masih belum pulih dan yang terbaru ialah pemain tengah Abou Diaby dan  bek kiri Gael Clichy selepas kembali dari tugasan bersama pasukan Perancis.

Pemain pertahanan Wlliam Gallas juga dikhuatiri belum pasti selepas patah dua batang gigi ketika mewakili Perancis dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia. Kemungkinan besar tempat Clichy bakal diisi oleh pemain bawah 21 tahun Kieran Gibbs yang menyumbang satu gol ketika England menewaskan Armenia 6-2.

Namun seorang lagi pemain kebangsaan Wales, Aaron Ramsey semakin menonjol sejak akhir-akhir ini walaupun pasukannya gagal untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia. Namun kehadiranya itu dilihat prospek sebagai pemain bintang baru bakal menjadi sandaran skuad negara itu dalam kejohanan masa akan datang. Ramsey berjaya menghasilkan gol pertamanya untuk skuad senior apabila Wales menewaskan Lecheistein 2-0.
 

Wednesday, October 14, 2009

BARISAN PEMAIN ARSENAL KINI RAMAI JADI `CAPTAIN'


EMPAT pemain Arsenal kini mengetuai pasukan negara-negara masing-masing dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia 2010 Afrika Selatan. Pemain pertahanan Philipe Senderos kini menjadi ketua pasukan Switzerland, Thomas Vermaelen pula ketua pasukan Belgium, Tomas Rosicky mengetuai Republic Czech dan Andre Arshavin mengetuai pasukan Russia.

Senderos, Vermaelen dan Rosicky masing-masing berjaya membantu pasukan mereka memenangi perlawanan peringkat kelayakan hanya Arshavin sahaja yang gagal membantu Russia apabila tunduk 0-1 kepada pasukan Jerman dan bakal beraksi diperingkat 'play-off '.

Bagi Vermaelen perlantikan beliau sebagai ketua pasukan Belgium yang baru dibawah pimpinan jurulatih berasal dari Belanda, Dick Advocatt itu adalah bukan suatu tugas asing buat dirinya kerana sebelum menyertai Arsenal pemain itu juga adalah ketua pasukan Ajax Amsterdam.

Nyata pilihan Advocatt melantik Vermaelen sebagai ketua pasukan Belgium sebelum perlawanan menentang Turki itu nyata suatu tindakan yang bijak apabila Belgium berjaya mencatat kemenangan 2-0. Begitu juga dengan Rosicky yang hampir setahun tidak beraksi diperingkat antarabangsa akibat kecederaan juga diserahkan lilitan lengan ketua pasukan kembali kepadanya.

Sama juga dengan pemain pertahanan Philipe Senderos, beliau juga turut dilantik sebagai ketua pasukan Switzerland dan berjaya menghasilkan dua gol dalam perlawanan kelayakan sekali gus mengesahkan tempat negara itu ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Selain dari mereka Fabregas (Sepanyol), Bendtner (Denmark) dan Carlos Vela (Mexico) sudah mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Sunday, October 11, 2009

FABREGAS BANTU SEPANYOL/ CARLOS VELA UNTUK MEXICO

                                       
KETUA pasukan Arsenal, Cesc Fabregas mengulangi mempamerkan aksi cemerlang ketika menentang Blackburn kali ini membantu Sepanyol mengatasi Armenia 2-1 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 Afrika Selatan, malam tadi. 



Manakala pemain penyerang Carlos Vela (gambar) berjaya membantu Mexico layak ke Piala Dunia apabila menundukkan EL Salvador 4-1 dengan Vela turut menyumbang satu gol di hadapan lebih 100,000 penyokong tuan rumah di Stadium Azteca.












Fabregas mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-33, bagi membolehkan skuad bimbingan Vicentendel Bosque' mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.Selepas Armenia berjaya menyamakan kedudukan 1-1, Sepanyol kembali mengasak untuk memburu gol biarpun juara Piala Eropah 2008 itu sudah mengesahkan tiket ke Piala Dunia.


Fabregas bijak mencari ruang melakukan hantaran buat rakan sepasukan Juan Mata didalam kawasan gol. Penyerang dari Valencia itu kemudian dijatuhkan ketika cuma berhadapan dengan penjaga gol lawan diberikan sepakan penalti oleh pengadil yang disempurnakan sendiri oleh Juan Mata.


Dengan kemenangan itu, Sepanyol terus mengekalkan rekod bersih dari sembilan perlawanan tanpa kalah. Hanya berbaki satu perlawanan menentang Rabu ini bagi meneruskan rentak kemenangan  bagi melengkapkan jadual.

Saturday, October 10, 2009

HAJAT WALCOTT TIDAK KESAMPAIAN

HAJAT penyerang Arsenal, Theo Walcott kembali tersenarai didalam skuad Piala Dunia England menentang Ukraine malam nanti tidak kesampaian selepas pengurus England berbangsa Itali, Fabio Capello tidak menyenaraikan nama pemain didalam skuad itu. 

Walcott yang buat pertama kali beraksi sejak pulih dari kecederaan bahagian belakang turun sebagai pemain gantian ketika mewakili kelabnya Arsenal menentang Blackburn dan turut mempamerkan sentuhan gol dalam perlawanan itu.


Namun ianya samasekali gagal mencuri perhatian Capello turut berada di Emirates menyaksikan perlawanan itu. Bagaimanapun khdimat Walcott tetap tidak dipandang sepi apabila penyerang itu diserapkan semula kedalam skuad bawah 21 tahun menyertai dua orang rakan sepasukan Jack Wilshere dan Keiran Gibbs dibawah bimbingan Stuart Pearce ketika membenam Macedonia 6-3.

Monday, October 5, 2009

ARSENAL ON SIX GOALS RAMPAGE






ARSENAL back to their level best with a stunning six goals  thumping off Blackburn at the Emirates Stadium yesterday. The visitor twice had taken the lead but Arsene Wenger's men refuse to back-up reply simultaneously. Once they took a 3-2 lead, there was no turning back for the Gunners as they continued relentlessly adding three more goals for their fifth wins in the league.

Midfield maestro, Cesc Fabregas creator of all the four goals single-handed send Sam Allardyce's men packing completed the rout, driving home a left footed volley on the edge of the box to add Blackburn's misery, a repeat of 2006/07 score line under former manager, Mark Hughes.

In the opening minutes it was Blackburn who drew first blood. French defender Steven Nzonzi outjump Thomas Vermaelen before sending a looping header over Vito Mannone who was caught of position for a 1-0 lead. Arsenal back on level terms through Vermaelen with an unstoppable powerful shot past former Spurs keeper Robinson from Fabregas.

Blackburn's David Dunn put the visitor back in front after his shot took a cruel deflection of defender William Gallas, rolls past helpless Mannone the wrong way. The Arsenal captain, Fabregas then showed the way with a perfect slide rule pass on Robin Van Persie to hit home for the equaliser.


The visitor early goals did disturb on the home team earlier display but once they took a 3-2 lead through Andre Arshavin thanks to the Arsenal's captain superb quality pass inside the Blackburn's defense, gave the home team much needed advantage before the break.

In the second half, it was no turning back for Arsenal and they were back in the groove  once again with Fabregas gave another sheer class performance, knocking a left footed volley right at the edge of the box to give Arsenal a 4-2 lead.

Arsene Wenger then rested Thomas Rosicky for Theo Walcott. The youngster marks his return with goal  number five after a fine run from Arshavin, find Fabregas who flick through  nicely  for Walcott to slot home.  Nicklas Bendtner coming on for Fabregas hits a scorcher as a perfect gift to mark the celebrations for their Arsenal longest serving manager.

With the win, Arsenal climbs to the fourth of the table with 15 points level on points with Liverpool behind leaders Chelsea, Manchester United and Spurs.    

Friday, October 2, 2009

THEO WALCOTT DAN CARLOS VELA SEMAKIN TERDESAK


DUA penyerang muda berbakat Arsenal, Theo Walcott dan Carlos Vela semakin terdesak akibat kurang penampilan beraksi dalam kesebelasan utama Arsenal bakal menyukarkan peluang untuk mewakili pasukan negara masing-masing England dan Mexico ke Piala Dunia di Afrika Selatan 2010.

Bagi Walcott kedudukannya selaku pemain sayap kanan semakin sengit ekoran kehadiran Wright Philips (Manchester City) dan peningkatan mendadak pemain Tottenham Hotpsurs, Aaron Lennon ketika England menjinakkan Croatia 4-1 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Namun nasib berbeza buat penyerang Mexico, Carlos Vela yang sudah mula beraksi selaku pemain gantian ketika bertemu Fulham dan Liga Juara-Juara ketika bertemu Olympiakos berbanding Walcott yang masih belum beraksi selepas pulih dari kecederaan sambil mengharapkan Arsene Wenger memberikan peluang untuk diturunkan menjelang pertemuan dengan Blackburn, Ahad ini.

CATAT SEJARAH - ARSENE WENGER MENJADI PENGURUS ARSENAL PALING LAMA (13 TAHUN HARI INI)


PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger genap hari ini beliau mencatat rekod sebagai pengurus paling lama berkhidmat memimpin kelab London itu selama 13 tahun. Rekod perkhidmatanya itu berjaya mengatasi rekod pengurus Arsenal yang dipegang sebelum ini oleh George Allison's, 12 tahun 334 hari.
Sebelum menyertai Arsenal pada tahun 1996,Wenger memimpin kelab Grampus Eight dalam Liga Jepun.