Tuesday, August 24, 2010

SEBASTIEN SQUILLACI MILIK ARSENAL

Sebastien Squillaci 
PEMAIN pertahanan baru Arsenal, Sebastien Squillaci akui berasa amat sukar untuk menolak pelawaan Arsene Wenger untuk menyertai Arsenal selepas beliau berangkat terbang ke London semalam.



Pemain kelab La Liga Sepanyol, Sevilla itu  yang juga pemain kebangsaan Perancis bakal melengkapkan perpindahan ke kelab The Gunners itu dengan bayaran yuran perpindahan yang dianggarkan bernilai 5.3 juta paun sebaik sahaja lulus ujian pemeriksaan kesihatan. 

Menurut Squillachi beliau amat terharu malah bangga apabila mendapat perhatian dari jurulatih yang juga berasal dari Perancis itulah yang menjadi faktor utama  perpindahan ini menjadi kenyataan.

"Jika sesaorang pemain warga Peranchis menerima tawaran dari seorang jurulatih sehebat Arsene Wenger. Secara praktikalnya ianya sukar untuk ditolak. Pelawaaan ini adalah suatu yang cukup bermakna dan begitu sensasi dalam hidup saya. Lebih-lebih lagi saya juga amat  terharu dan berterima kasih buat kelab asal (Sevilla) bersetuju dan begitu memahami kehendak saya. 

"Tidak dinafikan ianya memang suatu keputusan yang sukar dibuat untuk meninggalkan kelab lama tetapi saya harus mengambil dan merebut peluang ini.

Menurut Squillaci, Arsenal adalah kelab yang menjadi tumpuan beliau sejak dari dulu lagi dengan barisan bekas bintang ternama Perancis yang pernah beraksi dengan kelab itu seperti Thiery Henry, Robert Pires, Patrick Viera dan William Gallas.

" Ini adalah suatu cabaran yang paling hebat sepanjang dalam karier bolasepak saya. Saya akan memastikan kehadiran saya kelak mampu meninggalkan impak serta membuka lambaran buat Arsenal. Sekali gus meletakkan nama saya sebaris dengan bintang-bintang lain yang pernah mencipta nama dengan kelab ini.

Tambah Squillaci, faktor umur bukanlah suatu masalah besar  buat dirinya biarpun umurnya sudah menjangkau 30 tahun. 

Katanya, faktor umur bukan menjadi penghalang tetapi pengalaman yang luas yang beliau miliki pemain itu yakin masih mampu untuk menyumbang tenaga kerana peringkat umur yang sebegitu adalah kemuncak prestasi sesaorang pemain dalam kariernya. (sumber berita dari akhbar the Sun UK)

No comments: