Thursday, August 19, 2010

ARSENAL INTAI PEMAIN PERTAHANAN SEVILLA - SEBASTIEN SQUILLACHI

BENTENG pertahanan ARSENAL bakal diperkuatkan lagi dengan  kehadiran pemain pertahanan antarabangsa Perancis, Sebastien Squillaci dari kelab La Liga Sepanyol, Sevilla. Ini ekoran pengurusan kelab dari Sepanyol itu telah mengesahkan ada menerima tawaran dari kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Arsenal  kelihatan begitu terdesak ekoran kehilangan ramai pemain pertahanan yang berpengalaman seperti Wlliam Gallas, Sol Campbell, Philipe Senderos dan Mikael Silvestre yang tidak disambung kontrak mereka dengan kelab the Gunners itu.

Squillachi, 30 yang beraksi dalam Piala Dunia di Afrika Selatan
dikatakan telah memohon untuk menarik diri dari beraksi dalam perlawanan play-off Liga Juara-Juara ketika Sevilla berkunjung menentang FC Braga malam tadi bagi membolehkan pemain itu beraksi dalam pertandingan Liga Juara-Juara apabila turun mewakili Arsenal nanti.

Pihak pengurusan Sevilla telah meletakkan harga 6.5 juta paun kepada bekas pemain pertahanan Lyon itu dan setakat ini belum ada berita rasmi menyatakan pihak Arsenal akan menerima atau menawarkan jumlah tawaran itu.

Sebelum ini beberapa pemain pertahanan lain turut dikaitkan akan dipancing oleh Arsenal seperti Per Mertesacker (Werder Bremen) dan  Emir Spahic (Montepellier).  Arsenal dijangka akan membida pemain pertahan Everton  Phil Jagielka buat kali ketiga sebelum tirai perpindahan  ditutup selepas dua tawaran sebelum ini ditolak oleh Everton.

Arsenal juga dikatakan juga turut memberi tumpuan kepada dua pemain pertahanan kelab Dynamo Kiev, Pape Diakhate dan pemain pertahanan Ajax Amsterdam, Jan Vertoghen.

Sementara itu Arsenal yakin akan melengkapkan perpindahan penjaga gol Fulham, Mark Schwazer ke kelab itu sedikit masa lagi hanya menunggu isyarat dari pengurus Fulham, Mark Hughes selepas mendapat mencari pengganti bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh penjaga gol itu.


No comments: