KETUA pasukan Arsenal, Cesc Fabregas dijangka bakal disenaraikan didalam kesebelasan utama dalam perlawanan menentang Blackpool, Sabtu ini di Stadium Emirates selepas kecederaan yang menimpa pemain tengah Samir Nasri.
Namun berita terbaru masaalah kecederaan terus menghantui Arsenal apabila seorang lagi pemain tengah berusia 18 tahun, Emmanuele Frimpong
yang ditonjolkan oleh Arsene Wenger dalam beberapa perlawanan pra-musim lalu mengalami kecederaan lutut yang serius semasa dalam latihan.
Arsene Wenger yang sedang berura-ura untuk memberi peluang bintang muda itu beraksi dalam perlawanan sulung di Emirates menentang Blackpool tidak kesampaian dan pemain itu dijangka akan pulih dalam jangkamasa 6 hingga 9 bulan.
Emmanuele Frimpong cedera |

Sementara itu, pemain bek kiri Arsenal, Armand Traore dilaporkan akan meninggalkan kelab itu untuk menyertai kelab juara Liga Portugal, Benfica dengan yuran perpindahan sejumlah 3.2 juta paun.
Pemain itu dikatakan menerima tawaran Benfica selepas gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama dan kerap memanaskan bangku simpanan sepanjang musim lalu kemudian turut dipinjamkan kepada kelab Portsmouth.
No comments:
Post a Comment