Saturday, August 21, 2010

ISU PENJAGA GOL JADI TOPIK HANGAT DI ARSENAL

ISU penjaga gol semakin menjadi topik perbualan hangat di kem Arsenal. Semenjak berita kelab itu berura-ura ingin mendapatkan seorang penjaga gol yang berpengalaman bagi memantapkan lagi benteng terakhir yang dianggap menjadi punca kegagalan mengutip mata dalam beberapa perlawanan penting liga sehingga menjejaskan peluang kelab itu untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu. 

Semenjak berita Arsenal ingin mendapat khidmat penjaga gol Fulham, Mark Schwazer dengan tawaran 2 juta paun kepada kelab


itu sebanyak dua kali permohonan itu ditolak oleh pengurusan mereka. Bagaimanapun penjaga gol kebangsaan Australia itu telah menghantar surat pelepasan kepada pengurusan kelab Fulham bagi membolehkannya menyertai Arsenal.

Namun ada laporan menyatakan bahawa pengurus Fulham yang baru, Mark Hughes hanya akan melepaskan pemain berusia 37 tahun sekiranya mendapat pengganti berserta dengan syarat Arsenal kembali membuat tawaran yang lebih tinggi tetapi kelab The Gunners enggan berbuat demikian tetap dengan tawaran mereka sebelum ini.

Isu itu dikatakan bertambah konflik apabila berita penjaga gol Manchester City, Shay Given sedia dilepaskan oleh kelabnya itu untuk sekiranya penjaga gol itu ingin menyertai mana-mana kelab lain. Sudah pasti sekiranya Arsenal membuat tawaran kepada Given, penjaga gol kebangsaan Republik Ireland itu akan terus menerimanya. 

Tetapi bagi Bos Arsenal, Arsene Wenger berkata, dalam kes Shay Given ini banyak kesukaran sekiranya Arsenal bersetuju mengambil penjaga gol itu. Katanya, jurang perbezaan kedudukan kewangan antara kedua-dua buah kelab adalah begitu tinggi dan bagi kami tidak mampu untuk membayar gaji yang tinggi dan kelab asal terpaksa membayar kepada pemain yang mereka lepaskan itu.

Bagaimanapun Manchester City memerlukan dua orang penjaga gol dan mereka telah menawarkan kontrak baru kepada pemain itu.

Bagi Arsenal mereka tetap untuk mendapat Mark Schwazer sebagai sasaran utama. Tambah Wenger, jika kelab itu mengatakan tidak, kami tidak akan membuat tawaran dan itu adalah cara kami.

Merujuk kepada laporan Bos Blackpool, Ian Holloway menganggap Arsene Wenger sebagai `genius', pengurus Arsenal membalas dia (Holloway) sebenar yang genius kerana kedudukan Blackpool lebih tinggi dari Arsenal dalam carta liga.

Sementara isu Arsenal ingin mendapatkan penjaga gol yang baru mendapat tamparan hebat buat penjaga gol utama kelab itu Manuel Almunia sekaligus menjejaskan tumpuan pemain berasal dari Sepanyol itu.

Namun bagi pengurus Arsenal perkara itu adalah lumrah bagi setiap pemain mereka perlu gigih berusaha untuk mendapat tempat dan tiada jaminan posisi mereka akan kekal dalam kesebelasan utama.      


No comments: