Thursday, August 19, 2010

BLACKPOOL TETAP WASPADA HADAPI ARSENAL - HOLLOWAY


BOS Blackpool, Ian Holloway memberi amaran buat anak-anak buahnya supaya berwaspada dan berdoa skuad bimbingannya itu tidak menjadi mangsa belasahan Arsenal sekaligus dimalukan di Stadium Emirates Sabtu ini.

Holloway yang enggan dibuai mimpi
ekoran kemenangan bergaya ketika membenam Wigan 4-0 ditempat lawan minggu lalu akan berkunjung ke Stadium Emirates dalam perlawanan kedua Liga bakal berdepan tugas sukar untuk menjinakkan pasukan  bergelar `The Gunners' itu.

Beliau berkata, melihat persembahan skuad Liga Simpanan dan aksi pra-musim kelab dari London ianya suatu situasi yang begitu menyeronokkkan lebih-lebih lagi sebagai  pemain Arsenal dan bagi saya Arsene Wenger adalah seorang pengurus yang boleh diibaratkan sebagai genius.

“Mana-mana pemain yang bakal diturunkan nanti sudah pasti mengetahui  apa yang mereka perlu lakukan. Mereka semuanya seakan sama serta mudah mengatasi kita dengan hantaran yang mampu memporakperandakan lawan dan ianya suatu yang menakjubkan.

"Saya melihat sendiri struktur bagaimana cara mereka memahami tugasan masing-masing dan jelas saya amat mencemburui mereka dan ingin melaksanakan perkara yang sama dalam pasukan Blackpool.

"Kami akan beraksi di Stadium Emirates Sabtu ini dengan harapan  yang tinggi disamping mengharapkan sesuatu yang tragis tidak akan menimpa kami kerana ianya pasti boleh berlaku, " katanya.
.
Dalam pertembungan  kali ini tiada sebarang perubahan dalam barisan kesebelasan Blackpool kecuali barisan ahli Lembaga Pengarah apabila Pengerusi Kelab Blackpool , Karl Oyston yang mengumumkan perletakan jawatan selaku Pengerusi.

Karl Oyston 43 tahun,  mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi tetapi beliau akan memangku bagi jawatan Ketua Eksekutif sehingga penghujung musim.

Oyston turut menjanjikan bahawa beliau akan terus berkerjasama dengan Holloway dalam mengenalpasti pemain-pemain untuk diserapkan dalam pasukan serta memastikan usaha berterusan bagi membangunkan semula projek pembinaan Stadium Bloomfield menjadi  kenyataan.

Sebelum ini Holloway tegas menyatakan hasrat untuk mendapatkan sembilan pemain baru sekiranya ingin bersaing dengan pasukan dalam Liga Perdana Inggeris. Jika sebelum ini pemain-pemain yang dikenalpasti untuk dibawa ke Blackpool agak rumit kerana mereka terpaksa berfikir dua kali samada untuk menerima tawaran bermain.  

Tetapi persepsi itu sudah mula berubah ekoran kemenangan 4-0 keatas Wigan memudahkan lagi  tugasan kami untuk mendapatkan mereka. Menjelang pertemuan dengan Arsenal seramai enam pemain baru telah pun diserapkan didalam skuad itu. (sumber dari akhbar SUN UK

No comments: