Tuesday, September 28, 2010

PARTIZAN BELGRADE YAKIN/ FABIANSKI JADI SANDARAN


Vladimir Stojkovic rebut peluang

PENJAGA Gol Partizan Belgrade,Vladimir Stojkovic berasa begitu lega dengan ketiadaan beberapa tonggak utama Arsenal menjelang pertemuan Liga Juara-Juara Kumpulan H malam nanti.


Pemain antarabangsa Serbia yang pernah beraksi dalam Liga Inggeris ketika bersama Wigan musim lalu menarik nafas panjang apabila mengetahui ketua pasukan lawan, Cesc Fabregas tidak akan turun beraksi ekoran masalah kecederaan.

"Kami menyaksikan beberapa perlawanan Arsenal sebelum ini dan mendapati mereka jauh berbeza terutama kelemahan yang amat ketara dibenteng pertahanan dan penjaga gol.

"Tetapi masalah sebenar dan yang paling besar pihak lawan ialah ketiadaan Fabregas. Pemain itu merupakan perancang utama dan ia nyata suatu kehilangan besar buat mereka. Jadi saya lebih rela bertembung dengan mereka ketika ini daripada selepas pemain itu pulih sepenuhnya dari kecederaan hamstring.






"Arsenal masih tercari-cari rentak dan kami perlu mengambil kesempatan malam ini, " kata penjaga gol berusia 27 tahun itu.

Stojkovic melahirkan rasa simpati diatas kesilapan yang dilakukan oleh Manuel Almunia yang mengalami kecederaan siku dan tidak disenaraikan bersama skuad itu selepas mempamerkan aksi yang mengecewakan ketika Arsenal tewas 2-3 di gelanggang sendiri, Sabtu lalu.

Namun pengalaman pahit itu turut sama pernah dirasai Stojkovic dalam empat perlawanan ketika mewakili Wigan dibawah bimbingan Roberto Martinez musim lalu mengakibatkan penjaga gol itu samasekali gagal  mengikat kontrak bersama kelab itu.
"Memang ianya masa yang amat sukar bagi sesaorang penjaga gol dan saya pernah melaluinya. 
Fabianski diberi kepercayaan oleh Wenger

Sementara itu pengurus Arsenal, Arsene Wenger tetap menaruh kepercayaan terhadap penjaga gol nombor duanya, Lukasz Fabianski sekaligus membuktikan beliau mampu untuk mengalas tugas berat menjelang pertemuan di Stadion Partizan malam nanti.

Fabianski, yang turut dikenali Flappy Handski dikalangan penyokong fanatik Arsenal juga merupakan penjaga gol yang memiliki masalah yang sama seperti Almunia dan jelas mereka berasa kurang yakin terhadap keupayaannya selaku penjaga gawang.
Dua kesilapan besar Fabianski masih sukar dilupakan oleh penyokong kelab itu iaitu ketika tumpas 2-1 kepada Porto dalam Liga Juara-Juara dan ketika bertemu Wigan penghujung msuim lalu. Kali terakhir penjaga gol itu beraksi ialah dalam Piala Carling 2010 pusingan ketiga ketika menewaskan Spurs 4-1.
Namun bagi Wenger tiada apa yang perlu dibimbangan dan tambah pengendali skuad The Gunners itu penjaga gol itu kini sudah bersedia dan sudah belajar dari kesilapan lalu.



No comments: