ARSENAL catat kemenangan keempat dari enam perlawanan hasil jaringan tunggal penyerang Robin Van Persie (min 52) ke atas Fulham di Craven Cottage pada separuh masa kedua sekaligus membuktikan barisan muda The Gunners sudah melupakan episod pahit ekoran dari dua kekalahan berturut-turut dua minggu lalu.
Kemenangan itu menyaksikan Arsenal naik menduduki tangga kelima dibelakang Totenham Hotspurs dengan 12 mata hasil dari empat kemenangan dengan baki kurang satu perlawanan berbanding dengan empat pasukan teratas yang telah bermain enam perlawanan.
Dan pasti perlawanan kali ini cukup bermakna buat penjaga gol ketiga Arsenal, Vito Mannone yang mengambil alih tugas penjaga gol utama, Manuel Alumnia bermain dengan begitu cemerlang menyelamatkan sekurang-kurangnya lima percubaan yang hampir pasti gol kemas mengawal gawang gol dibolosi.
Sekurang-kurangnya penjaga gol muda yang berasal dari Itali itu kini dilihat hampir pasti merampas jersi nombor satu dengan aksi hebat dan wajar perlawanan menentang Fulham menjadi miliknya dan tidak ragu-ragu dinobatkan sebagai `man of the match'.
Pada perhatian saya persembahan yang ditonjolkan Mannone inilah yang sepatutnya ada pada setiap penjaga gol. Disebabkan kerana ketangkasan memastikan gawang gol tidak dibolosi, menyemarak dan menaikkan semangat rakan-rakan untuk berjuang dalam tempoh satu setengah jam perlawanan sekaligus menghampakan dan mengecewakan usaha pihak lawan.
Bukan menidakkan kehebatan Alumnia tetapi penjaga gol itu sering melepaskan gol mudah dan melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan berbanding Mannone. Bagi saya, sekiranya Mannone terus diberi kepercayaan oleh Arsene Wenger dalam perlawanan berikutnya penjaga gol ini pasti mampu menjadi penjaga gol terbaik Arsenal setakat ini jika aksi seumpama ini terus dipamerkan. Tahniah buat Mannone dan tahniah buat Van Persie yang berjaya menamatkan kemarau jaringan dengan gol sulungnya musim ini.
Persembahan dan corak permainan kedua-dua pasukan amat menarik kerana kedua-duanya mengamalkan corak permainan menyerang dan terbuka itu berjaya menghiburkan dan memeriahkan penyokong kedua-dua pasukan yang membanjiri stadium. Kedua-dua saling berbalas serangan dan kerap mencipta beberapa peluang keemasan untuk menghasikan gol.
Penyerang Arsenal, Andre Arshavin yang kembali selepas pulih dari kecederaan memperolehi peluang keemasan untuk meletakkan The Gunners dihadapan namun percubaannya pada saat akhir mengatasi palang gol ketika hanya berdepan dengan penjaga gol Fulham, Mark Schwazer pada separuh masa pertama.
Namun pada babak kedua, ketua pasukan Arsenal, Cesc Fabregas sekali lagi mempamerkan kehebatan bijak mencari Van Persie dengan satu hantaran kemas mengatasi pertahanan Fulham berjaya dikawal oleh penyerang Belanda dan melakukan rembatan leret kaki kanan terus kepenjuru kanan gawang gol mengatasi jangkauan Schwazer.
Pujian harus diberikan oleh anak-anak buah Ray Hodgson yang tidak mudah berputus-asa bermain dihadapan penyokong mereka sendiri tetapi beberapa percubaan oleh penyerang mereka seperti Bobby Zamora, Andy Johnson dan Clint Dempsey berjaya diselamatkan Vito Mannone.
No comments:
Post a Comment